Perbezaan ikan laga jantan dan betina

Ciri-ciri ikan laga jantan dan betina

Sebelum terjun dalam bidang pembiakan ikan laga kita perlulah mengenal jantina ikan laga dan ciri ciri ikan laga dahulu. Ilmu asas amat penting untuk memulakan sesuatu perkara.

Ilmu boleh kita pelajari dengan pelbagai cara seperti berguru, banyak membaca, serta membuat sebanyak mungkin penyelidikan. Jika mengenai pembiakan ikan laga, kita seharusnya mencari pembiak-pembiak ikan sebagai guru, melawat tempat-tempat pembiakan, minta pendapat serta nasihat tentang pembiakan.

Salah satu kelebihan apabila melawat tempat-tempat pembiakan dengan melihat cara-cara serta teknik-teknik yang dilakukan pembiak. 

Apabila kita ceburi bidang ni, lama kelamaan kita akan dapat mengenal ciri ciri serta jantina ikan laga dan nama nama ikan laga. 

Untuk lebih pengetahuan, kita lihat visual dibawah:
visual diatas terdapat perbezaan antara ikan jantan dan ikan betina. Ikan jantan memiliki kecantikan berbanding ikan betina. Ikan jantan memiliki warna yang lebih terang, ekor yang besar dan sirip atas dan bawah lebih panjang. Bahagian perut juga berbeza.

Perut ikan jantan tidak terlalu besar dan bawahnya tidak ada salur telur. Manakala perut ikan betina besar dan terdapat salur telur yang berwarna putih bagi yang sudah matang. Satu lagi ciri yang sudah matang ikan betina akan terlihat sisik yang bebelang belang dibadannya.

Jom kita pelajari lagi jantina ikan laga.
ilmu asas tentang jantina ikan laga sudah kita pelajari. Untuk lebih berilmu kita teruskan berguru dan mulakan penternakan supaya mendapat pengalaman dalam bidang ni.

Jatuh bangun sebelum berjaya itu biasa dalam kehidupan. Sama juga kita masa kecil sampai besar. Ikan mati pada permulaan awal memang biasa bagi penternak. Luarbiasa itu apabila berjaya menjadi pembiak dan jana pendapatan dari hasil usaha sendiri. Paling penting jangan putus asa dalam usaha.

Sila ikuti entry akan datang..

Comments

Popular posts from this blog

Pengenalan Ikan Laga

Jenis-jenis Ikan Laga