Jenis-jenis Ikan Laga

Pelbagai jenis ikan laga - popular

1. Halfmoon Plakat (HMPK)
Nama bahasa melayu ialah bulan. Ekor yang sama macam bulan separuh dikenali halfmoon betta. Warna juga pelbagai dengan kacukan baru memberikan keunikan pada ikan laga.

2. Matahari (Crowntail)
Orang kampung panggil ikan matahari sebab ekor dan siripnya seakan akan memancarkan cahaya apabila mengembang. Tapi bahasa inggeris dikenali crowntail(crown iaitu mahkota raja).

3. Ekor Kembar (Double Tail)
Ikan laga ni unik dari yang lain. Sebabnya memiliki ekor yang kembar dan berbelah dua. Bahasa omputih dipanggil double tail. Saya pernah pelihara yang jenis double tail fancy tapi tak sempat membiak sebab mati terkena penyakit. Pelihara umur muda sampai matang. Banyak2 ikan, double fancy ni yang lama bertahan hidup. (Kenangan)

4. Telinga Gajah ( Big Ear/ Dumbo)
Satu lagi keunikan dan kecantikan ikan laga ni jenis telinga besar atau dikenali telinga gajah. Big ear lah bahasa orang putih. Selain itu, dipanggil Dumbo mungkin disebabkan cerita kartun anak gajah bertelinga besar yang bertajuk Dumbo. 

5. Bunga (Rosetail)
Ikan laga ni memiliki ekor yang berbentuk bunga rose yang berkelopak lopak. Ikan yang bergaya apabila berenang renang. Lagi menarik apabila diletakkan dalam akuarium dengan hiasan yang cantik.

6. Pelbagai jenis lain seperti veiltail, longtail, giant betta, super delta betta, feather tail, spade tail dan round tail betta.

Kacukan terbaru tahun 2020

1. Avatar
2. Alien
3. Candy
4. Hellboy
5. Koi

Comments

Popular posts from this blog

Perbezaan ikan laga jantan dan betina

Pengenalan Ikan Laga